Selasa, 1 Disember 2009

PESANAN YANG BENAR DARIPADA ISA AL-MASIH


ISA, SEORANG LELAKI
            Kelahiran Nabi Isa as merupakan salah satu tanda kebesaran Allah Yang Maha Berkuasa. Kelahiran baginda juga penuh dengan keajaiban yang tidak berlaku kepada mana-mana manusia di atas muka bumi Allah ini. Peristiwa kelahiran yang ajaib ini dirakamkan di dalam Al-Quran. Allah berfirman di dalam Surah Aali Imran (3) ayat 59, maksdunya:
“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.”

            Kelahiran Isa as yang ajaib tersebut sedikit pun tidak membebankan Allah. Allah berkuasa menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Menghidupkan dan mematikan manusia kemudian membangkitkan kembali manusia untuk dihimpunkan di hadapan Allah. Malah penciptaan Adam dari tanah kemudian ditiupkan roh lebih ajaib dan melangkaui logik akal manusia. Penciptaan Adam penuh keajaiban kerana baginda dijadikan tanpa ayah mahupun ibu.

UTUSAN TUHAN

            Ayat-ayat di dalam Al-Quran kebanyakannya menyentuh sifat dan keperibadian Isa as serta membincangkan mengenai kenabian Isa as. Ia bertujuan menyangkal tuduhan terhadap baginda sebagai jelmaan (seorang) Tuhan atau sebahagian daripada Roh Tuhan. Baginda merupakan utusan Allah yang benar sebagaimana disebutkan di dalam Surah as-Saff (61) ayat 6. Allah menyatakan bahawa Isa as berkata sebagaimana berikut: “Dan (ingatlah) ketika Isa anak Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat”

            Bahkan, terlalu banyak ayat-ayat di dalam Perjanjian Baru menyebut mengenai utusan Allah dan tanda kenabian baginda. Berikut merupakan sebahagian daripadanya. Di dalam Matthew (Matius) bab 21:11 direkodkan bahawa Isa as dikenali ramai sebagai seorang Nabi: “Dan orang banyak itu menyahut: "Inilah nabi Yesus dari Nazaret di Galilea.". Manakala di dalam Mark (Markus) bab 6 ayat 4 pula menerangkan pengakuan kenabian Isa as. Ayat ini merujuk kepada dirinya sendiri: “Maka Yesus berkata kepada mereka: "Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya." Di dalam ayat berkenaan, Isa as mengakui dirinya sebagai utusan Allah yang dihantar kepada masyarakat dan kaum keluarganya.

            Bab 10 ayat 40 dan 41 di dalam Matthew (Matius), Isa as telah menyatakan “Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, ia menyambut Dia yang mengutus Aku. Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, ia akan menerima upah orang benar.
            Manakala di dalam John (Yohanes) bab 17 ayat 3 menyebut; “Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenali Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenali Yesus Kristus yang telah Engkau utus.” (1)

MANUSIA

            Al-Quran bukan sahaja mewahyukan mengenai kenabian Isa as, akan tetapi Al-Quran juga menjelaskan beberapa bantahan terhadap ketuhanan Isa as. Di dalam Surah Al-Maaidah (5) ayat 75 menjelaskan: “Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu).” Allah telah mengkhabarkan bahawa seorang rasul seperti Isa as juga makan dan minum kerana makan dan minum itu merupakan keperluan seorang manusia, maka tidak sesuai bagi Tuhan untuk makan dan minum.


Terdapat banyak ayat di dalam Perjanjian Baru menafikan ketuhanan Isa as. Sebagai contoh, menurut Matthew (Matius) bab 19 ayat 17 menyatakan Isa as membalas sapaan seseorang dengan menyebut: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah." Jelas bahawa Isa as menolak panggilan “Baik” yang merujuk kepada dirinya sendiri dan baginda menyebut bahawa hanya sebenar-benar Tuhan sahaja yang baik iaitu Tuhan Yang Esa, justeru dengan jelas Isa as bukalah (seorang) Tuhan.

            Di dalam John (Yohanes) bab 14 ayat 28, Isa as pernah berkata: “Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar daripada Aku.” Penggunaan perkataan “Bapa lebih besar daripada Aku”, merupakan kata-kata yang memperlihatkan perbezaan antara diri Isa as dengan Tuhan. Selain itu, menurut John (Yohanes) bab 20 ayat 17 mengisahkan Isa as berkata kepada Mary Magdalene supaya memberitahu pesanannya kepada pengikut baginda: “Janganlah engkau memegang Aku, sebab Aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka, bahwa sekarang Aku akan pergi kepada Bapaku dan Bapamu, kepada Allahku dan Allahmu. Isa as merujuk Tuhan seperti mana yang disebut “Bapaku dan Bapamu, kepada Allahku dan Allahmu." Baginda membezakan dirinya adalah seorang manusia manakala “Bapa” adalah Tuhan. Apatah lagi, Isa as merujuk Tuhan dengan penggunaan “Bapamu” dan “Allahmu” kepada para pingikutnya. Bukan menyebut “Akulah Tuhanmu” atau “Sembahlah Aku kerana Aku Tuhanmu”.

            Berpandukan kepada beberapa penulisan Paul, pihak gereja menerima Isa as sebagai “manusia” tanpa syak lagi serta membezakan antara Isa dengan Tuhan. Di dalam Surat Pertama kepada Timothy bab 2 ayat 5, Paul menulis: Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus,”




[1] Sila lihat John (Yohanes) terjemahan Bible Indonesia, Al-Kitab:
4:34 “Kata Yesus kepada mereka: "Makanan-Ku ialah melakukan kehendak Dia yang mengutus Aku dan menyelesaikan pekerjaan-Nya”
5:30 “Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku”
7:16 “Jawab Yesus kepada mereka: "Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus Aku.”
7:28 “Waktu Yesus mengajar di Bait Allah, Ia berseru: "Memang Aku kamu kenal dan kamu tahu dari mana asal-Ku; namun Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, tetapi Aku diutus oleh Dia yang benar yang tidak kamu kenal.”
11:42 “Aku tahu, bahwa Engkau selalu mendengarkan Aku, tetapi oleh karena orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi Aku, Aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku."
13:16 “Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya seorang hamba tidaklah lebih tinggi dari pada tuannya, ataupun seorang utusan dari pada Dia yang mengutusnya.”
14:24 “Barangsiapa tidak mengasihi Aku, ia tidak menuruti firman-Ku; dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH