Jumaat, 16 Oktober 2009

Muhammad Dalam Bible (6)

BUKTI ENAM:
Keturunan Kedar Bakal Dikalahkan

Kota Mekah



Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14 hingga 17 disebut:



         Hai penduduk tanah Tema, keluarlah, Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka melarikan diri terhadap perang. Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala kemuliaan Kedar akan habis.Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja, Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.
(Yesaya 14-17)


Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak Nabi Ismail.


A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.


Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikas dengan sejarah Perang Badar kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun hijrah Nabi Muhammad.


Peperangan ini dimenangi oleh Nabi Muhammad dan pemuka-pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini selari dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar. Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH