Jumaat, 16 Oktober 2009

Muhammad Dalam Bible (7)


BUKTI TUJUH:
Nabi Yang Ummi


Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;
 And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I pray you, he says, I cannot read. 
Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut;
Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca."
(Yesaya 29:12)


Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca. Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.
          Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak tahu membaca. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah tersebut.
          Justeru, ayat-ayat yang dipaparkan selari dengan apa yang terjadi keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hira ketika kali pertama menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam ayat tersebut kerana beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH