Sabtu, 17 Oktober 2009

Penggunaan Nama "Allah" Oleh Kristian


Apa itu Bible?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut,biarlah saya terangkan apakah itu Bible?


Bible --- Biblios--- Al – Kitab = Himpunan buku-buku


Perkataan bible diambil dari perkataan biblios yang bermaksud Himpunan buku-buku.Agama Kristian terdapat dua Bible yang berbeza,perbezaan itu disebabkan perbezaan jumlah buku yang dihimpunkan.

Ingat betul-betul,Bible itu adalah himpunan buku-buku.

Didalam Bible terdapat dua Perjanjian,iaitu Perjanjian Lama dan juga Perjanjian Baru.Perbezaan antara dua Bible ini terdapat dalam Perjanjian Lama. Bagi Mazhab Protestant,Bible mereka terdapat 66 buah buku.Manakala bagi Mazhab Catolik terdapat 73 buah buku.

Berbalik kepada isu utama iaitu penggunaan nama Allah dalam Bible.Penggunaan perkataan Allah dalam bible sebenarnya sudah lama dilakukan.Ini bukan cerita olok-olok,kerana Bible sudah diterjemahkan kepada 2000 bahasa dan antaranya ialah bahasa Arab.Apa yang pasti,terjemahan dalam Bahasa Arab sendiri mempunyai 11 dialek yang berbeza!

Ah,jangan berasa pelik.Benar,penggunaan perkataan Allah sudah lama berada dalam bible,tambahan lagi bible sudah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu dan dinamakan dengan nama Al-Kitab.Saya ada memilikinya sebuah,dan memang nyata apabila saya membacanya,perkataan Allah digunakan bagi menggantikan perkataan God/Lord.Soalnya disini,kenapa kita takut untuk membenarkan mereka meletakkan perkataan Allah dalam Bible.Sedangkan perkataan itu sudah lama berada dalam bible berbahasa arab dan juga berbahasa Melayu.

Book of Genesis




Sebelum ini saya ada tanya kepada para pembaca tentang,sebuah surah yang didalamnya terdapat perkataan Allah.Ya,memang benar,surah itu bukanlah dari al-Quran tetapi ia adalah dari Bible berbahasa Arab.Ayat tersebut saya ambil dari "book of genesis".Sebenarnya perkataan Allah itu bukanlah hak milik mutlak Umat Islam sahaja,perkataan Allah itu sudah lama digunakan oleh agama Langit yang lain(Yahudi,Nasrani).Agama Yahudi dalam bahasa Aramaic memanggil Allah dengan nama Alaha,dalam bahasa Hebrew mereka memanggil Allah dengan nama Eloi,Elai.Oleh itu,tidak ada sebab kita mahu melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam Bible.

Untuk lebih memahami perkataaan Allah,saya bawakan definisi Allah itu sendiri.Perkataan Allah الله (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord.Selain daripada itu, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.

Pandang positif dan ambil peluang


Sepatutnya,isu penggunaan Allah dalam Bible ini dipandang positif oleh Umat Islam.Saya memetik kata-kata Brother Silvester dalam Khutbah Jumaat yang lepas, “Umat Islam seharusnya mengambil peluang ini untuk menerangkan siapa itu Allah yang sebenar.Allah bukannya himpunan dari Bapa tuhan,anak tuhan dan juga ruhul kudus,tetapi Allah adalah Tuhan yang Esa,kepadanya segala bergantung,tidak dilahirkan dan juga tidak melahirkan, dan tidak ada sesuatu yang setanding dengannya.”

Kenapa kita mahu menghalang mereka dalam menuju kepada persamaan?Sedangkan Allah sendiri menyuruh Nabi Muhammad saw menyeru ahli kitab kepada persamaan yang ada pada agama Islam.

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak sembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya suatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah’.”( Surah Ali Imram 3:64)

Gunakanlah peluang ini untuk menyatakan kebenaran,dengan memanipulasikan penggunaan Allah dalam bible mereka.Didalam bible terdapat banyak persamaan berkenaan konsep ketuhanan Islam iaitu Allah itu ESA tidak ada dua atau tiga.Misalnya;

Allah berkuasa dari segala-galanya:

“Tidak ada sesuatu pun yang standing dengan-Nya”
(Al-Ikhlas:4).

“My father is greater than all”
[John 10:29]


Allah yang ESA:


“Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa”
(Al-Ikhlas:1)

“Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord.” [Mark 12:29]

Lemah-lembut dan berhikmah

Di atas cumalah beberapa persamaan yang boleh diambil,gunakanlah ia sebagai hujah untuk membawa mereka kepada Islam agama yang benar.Dekati dan berbahaslah mereka dengan lemah lembut dan berhikmah,sesuai dengan Firman Allah:

“Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”( Surah An-Nahl 16:125)

BERHENTI dari memberikan alasan

Kebanyakkan daripada kita,apabila diajak untuk keluar berdakwah pelbagai alasan digunakan.Hanya orang yang tidak mahu berdakwah sahaja yang mencari pelbagai alasan untuk menutup kemalasan mereka,tetapi jika kita benar-benar mahu membawa mereka kepada agama Islam,kita boleh jadikan isu ini sebagai peluang terbesar untuk mendekati mereka.

“Tunggulah dulu” itulah alasan paling kerap didengari. Hendak tunggu apa lagi? Sedangkan Allah telah memberi amaran kepada kita:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-oramg yang fasik (derhaka)”( Surah At-Taubah 9:24)

Sebuah Analogi

Sebelum saya akhiri ulasan ini,saya bawakan sebuah Analogi yang dicipta oleh Brother Shahkirit:

“Bayangkanlah suatu hujung minggu, kita pergi berkelah bersama keluarga di tanah tinggi seperti di Genting Highland (tanpa singgah di kasino). Bila sampai di puncak yang paling tinggi, kita pun menghamparkan tikar dan mula menjamu selera bersama-sama keluarga. Dalam kelekaan kita makan dan minum, anak kita yang berumur 2 tahun telah berlari-lari sampai ke hujung tebing; dihadapannya adalah jurang yang cukup dalam. Na’uzubillah, cuba bayangkan anak atau adik kita yang berumur 2 tahun berada dalam situasi itu. Cemas tak? Betul-betul sebelah anak kita ada seorang lelaki dewasa yang sihat dan waras. 


Apa yang perlu dilakukannya adalah hulurkan tangan dia dan pegang anak kita, InsyaAllah anak kita akan selamat. Tetapi lelaki tadi tidak endahkan anak kita dan anak kita melangkah lagi ke depan,lalu jatuh kedalam gaung dan mati. Ketika itu adakah kita akan ucapkan terima-kasih kepada lelaki itu, kerana tidak masuk campur dalam urusan orang lain? Tidak, kita akan salahkan dia kerana tidak mahu menolong anak kita. Kita akan tuduh lelaki itu sebagai seorang yang sangat kejam.

Sebenarnya kitalah orang-orang Islam yang memegang watak lelaki yang kejam tadi. Kita ada ramai kenalan bukan Islam seperti rakan kerja, kawan jiran dan sebagainya tetapi kita tak pernah buka mulut kita untuk menyampaikan mesej Islam. Kita biarkan sahaja mereka mati dalam keadaaan kafir. Di akhirat nanti mereka akan mengadu kepada Allah dan menarik kita sama-sama masuk ke neraka, na’uzubillah. Apakah alasan yang akan kita berikan pada Allah ketika itu? Marilah kita sama-sama bangun dan sampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam sambil melakukan Islah sesama orang-orang Islam.(Brother Shahkirit Kalkulal Govingi-Pegawai pendakwah di IIS(Islamic Information And Service Foundation)

Ulasan terakhir

Moga ulasan ringkas saya ini membuka mata para pembaca semua,dan memberikan kekuatan dan semagat untuk berdakwah kepada bukan Islam.Jadikanlah ini sebagai satu ganjaran Allah kepada kita,dan sebagai peluang kepada kita untuk mendekati mereka.Marilah kita bangun dan laksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita, untuk menyampaikan da’wah kepada orang-orang bukan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH