Jumaat, 16 Oktober 2009

Muhammad Dalam Bible (4)


BUKTI EMPAT:

Datang dari Paran dan Terpuji di Dunia.


Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut: 

Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.
(Habakuk 3:3)

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail sepert yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan beliau. Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai kisah Nabi Ismail yang bermaksud; 

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring.Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar."
(Kejadian 21:17)
 

Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada bangsa Arab daripada susur keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan dengan ayat lain dalan buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang bermaksud:

Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba,membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur Tuhan.Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah keagunganku.
(Yesaya 6-7)




Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta, Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kenderaan penting bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini selari dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman. 

Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di dalam buku Genesis ayat 20.

Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya”. Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH