BUKTI TIGA:
Datang dari Paran Bersama 10 000 Pengikut
Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab pada buku Deuteronomy (Ulangan) bab 33 ayat 2 :
|
(Ulangan 33:2)
Berkaitan dengan ini, Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “Dalam konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiaan bercahaya dengan sempurnanya dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan kanannya”
|
dan ia duduk agak jauh, kira-kira sepemanah jauhnya, sebab katanya: "Tidak tahan aku melihat anak itu mati." Sedang ia duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring.
Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara anak itu dari tempat ia terbaring.
(Kejadian 21:14-21)
|
Melalui keturunan Kedar anak Nabi Ismail, Nabi Muhammad dilahirkan dan kemudian dilantik menjadi rasul. Pada tahun ke 11 hijrah, baginda bersama 10 ribu pengikut setia memasuki bumi Mekah dengan membawa undang-undang kepada seluruh umat manusia.
Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran merupakan bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali dengan Perigi Zam-Zam. Perigi itu dikurniakan Allah kepada Hajar dan anaknya, Nabi Ismail as. Perigi ini masih wujud sehingga hari ini.
Nabi Muhammad saw juga berasal dari bumi yang sama. Selepas 13 tahun menyebarkan dakwah di Mekah, beliau berhijrah ke kota Madinah. Selepas lapan tahun kemudian, baginda kembali dan menguasai kota Mekah dengan diiringi 10 000 orang para sahabat.
Nabi Muhammad saw menegakkan undang-undang Islam dengan mendirikan sebuah negara Islam di kota Madinah. Sebaliknya perlu diketahui bahawa ayat ini tidak menceritakan tentang kenabian Nabi Isa. Terdapat beberapa perkara yang menyentuh rasionalnya ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad.
1. Nabi Isa tidak berasal dari bumi Paran tetapi Nabi Muhammad berasal dari bumi Paran melalui susur galur keturunan Nabi Ismail yang tingal di Paran.
2. Nabi Isa tidak dijanjikan mempunyai umat yang besar dari kalangan kaumnya iaitu Yahudi tetapi Nabi Muhammad saw dijanjikan mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan kaumnya iaitu bangsa Arab.
3. Nabi Isa tidak membawa undang-undang baru tetapi Nabi Muhammad membawa undang-undang baru. Ini dijelaskan di dalam Injil Markus ayat 17.
4. Nabi Isa tidak mempunyai pengikut seramai ribuan orang bahkan hanya seramai 12 orang sahaja yang dikenali sebagai apostles berbanding Nabi Muhammad, baginda mempunyai ribuan pengikut setia yang dikenali sebagai sahabat.
Kisah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible Indonesia, al-Kitab buku Jude (Surat Yudas) ayat 14 hingga 16 yang bermaksud:
Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari Adam, telah bernubuat, katanya: "Sesungguhnya Tuhan datang dengan beribu-ribu orang kudus-Nya,
Hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan hukuman atas orang-orang fasik karena semua perbuatan fasik, yang mereka lakukan dan karena semua kata-kata nista, yang diucapkan orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan."
Mereka itu orang-orang yang menggerutu dan mengeluh tentang nasibnya, hidup menuruti hawa nafsunya, tetapi mulut mereka mengeluarkan perkataan-perkataan yang bukan-bukan dan mereka menjilat orang untuk mendapat keuntungan.
(Surat Yudas 14-1)
|
Perkataan “beribu-ribu orang kudus-Nya” digunakan kembali di dalam ayat ini. Sesiapa yang mengkaji dengan objektif dan rasional mengenai sejarah Nabi Muhammad saw akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan adalah selari dengan dengan kisah beliau bersama para sahabat yang berjumlah ribuan orang semasa meguasai kota Mekah demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Setelah penaklukan tersebut, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang bakal dikenakan ke atas mereka oleh Nabi Muhammad.
Akan tetapi dengan penuh kasih sayang, baginda mengampunkan kesalahan mereka ketika jahiliyyah. Pada hari pembukaan kota Mekah, kaum kafir Mekah akhirnya menerima Islam sebagai pegangan hidup. Kisah di dalam ayat ini sedikit pun tidak menceritakan tentang riwayat hidup Nabi Isa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan