Sabtu, 17 Oktober 2009

Muhammad Dalam Bible (8)



BUKTI LAPAN:
Bercakap dengan Nama Allah


Mengikut Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy (Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 iaitu;

                        
  Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Ku-tuntut pertanggungjawaban.
(Ulangan 18:18-19)



Ayat-ayat ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan daripada saudara kepada bangsa Yahudi iaitu bangsa Arab. Bangsa Arab adalah saudara kepada bangsa Yahudi. Kita telah membincangkan sebelum ini asal usul keturunan bangsa Arab iaitu daripada Kader anak Nabi Ismail.

Buku Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai “Kalam Tuhan” yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti engkau ini” membawa maksud seseorang nabi yang diutuskan adalah mempunyai perwatakan dan cirri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini tidak sedikit pun menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan berbangsa Arab, iaitu saudara kepada bangsa Yahudi. Begitu juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak sama dengan Nabi Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat mempunyai persamaan dengan Nabi Musa.

Ayat ini juga menyebut sifat nabi itu iaitu Tuhan memasukkan kata-kata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan kata-kata Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan.


           
Bible yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat seperti yang diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata yang diolah oleh manusia mengikut cita rasa mereka masing-masing. Justeru, banyak semakan semula dan tokok tambah dilakukan keatas Bible.

          
 Berbeza daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok tambah, semakan semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia.

           
Disamping itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini selari dengan apa yang disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya”.
          
 Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan nama Tuhan secara khusus. Maka, ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah Nabi Muhammad yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula dipanggil Al-Quran, yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH