Jumaat, 16 Oktober 2009

Muhammad Dalam Bible (2)

BUKTI DUA:
Istilah Himdah, Shalom dan Periclytos


Di dalam kitab Perjajian Lama buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 disebut:


For thus says the Lord of hosts: Yet once more, in a little while, I will shake and make tremble the [starry] heavens, the earth, the sea, and the dry land;

And I will shake all nations and the desire and the precious things of all nations shall come in,

and I will fill this house with splendor, says the Lord of hosts.
The silver is Mine and the gold is Mine, says the Lord of hosts.
The latter glory of this house shall be greater than the former, says the Lord of hosts; and in this place will I give peace and prosperity, says the Lord of hosts.


Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam."
(Hagai 2:7-10)

Di dalam Bible versi terjemahan Inggeris, perkataan desire dan peace berasal daripada perkataan-perkataan asal bahasa Yahudi iaitu Himdah dan Shalom. Manakala terjemahan Bible versi Indinesia pula menterjemahkannya sebagai “barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang” dan “damai sejahtera”.

Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Ha-Ma-Da (ح-م-د)dan ini selari dengan huruf-huruf asal abagi nama Ahmad (احمد) dan Muhammad (محمد).

Shalom pula selari dengan perkataan Arab Salama (سلم)yang melahirkan perkataan Islam(إسلام) . Islam membawa maksud damai dan sejahtera. Bible Indonesia, Al-Kitab menggunakan kedua-dua perkataan ini bagi menterjemahkan perkataan Shalom.

Sebagai contoh, perkataan Shalom juga digunakan oleh nabi Isa as ketika bertemu dengan sahabat baginda sebagaimana dirakamkan di dalam Perjanjian Baru, Injil Lukas bab 24 ayat 36:


Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu, Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada mereka:” Shalom alaykum!” (Damai sejahtera bagi kamu!)


Shalom alaykum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”. Perkataan nabi Isa as ini sama sebagaimana yang diajarkan oleh nabi Muhammad saw iaitu Assalamu alaikum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”.

Perlulah diketahui bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada umat manusia. Kisah ini selari dengan kisah riwayat hidup Ahmad atau Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh alam. 


Di dalam Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasa asalnya iaitu bahasa Yunani kuno. Perkataan yang hampir dengan Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris bermaksud illustrious, glorious dan praised atau bererti “dia yang terpuji”. Perkataan ini selari dengan perkataan Himdah, Ahmad dan Muhammad yang bermaksud “dia yang terpuji”.

Sekiranya kita membaca buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 dengan menafsirkan ayat ini, ia akan dibaca dengan; 


Kerana inilah TUHAN semesta alam telah berfirman: Tidak lama lagi, Aku akan mengggegarkan langit dan bumi, laut dan darat, serta semua bangsa manusia dengan mengutuskan seorang nabi bernama Muhammad sehingga semua manusia datang kepadanya. Maka melalui dia, Aku memenuhi Rumah Tuhan (Kaabah) ini dengan kemegahan. Firman TUHAN semesta alam: Akulah penguasa perak dan emas.Firman TUHAN semesta alam: Adapun Rumah Tuhan (Kaabah) ini, kemegahannya di zaman nabi Muhammad akan melebihi berbanding zaman nabi sebelumnya, dan di tempat ini Aku akan memberikan Islam.
(Hagai 2:7-10)

Di dalam ayat tersebut beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu bagaimana Allah telah mengkhabarkan tentang kedatangan seorang rasul yang amat diberkati dan dipuji oleh umat manusia. Malah, Allah juga dengan jelas menyebut Rumah Tuhan akan dimegahkan dengan pujian dan nyanyian berupa zikir-zikir memuji Allah. 


Tidak syak lagi kedatangan Nabi Muhammad saw telah mengubah lanskap masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Pujian dan zikir-zikir dilaungkan tidak henti-henti sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga sekarang. Bahkan, setelah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad telah membuka lembaran baru kepada agama Allah iaitu Islam. Seluruh masyarakat dunia datang mengunjungi Rumah Tuhan iaitu Kaabah dan memuji Allah lebih daripada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana terdapat seramai 1.4 bilion umat Nabi Muhammad di seluruh dunia. 


Pautan Luar:
  1. Paraclete Menurut Islam

Beberapa para cendekiawan Muslim telah berpendapat bahawa Paraclete (yang bermaksud pembela), atau maksud yang lainnya “kaunselor yang lain" – pertamanya dianggap sebagai Nabi Isa/Jesus Christ – seterusnya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Ibnu Ishaq merupakan sarjana ilmuan Islam zaman ketamadunan awal Islam; serta para Alim Ulama yang lain telah menginterpretasikan bahawa Nabi Muhammad SAW merujuk kepada Paraclete yang dimaksudkan dalam versi kitab Bible Kristian. Pandangan ini turut diakui oleh Ibnu Taimiyah, Ibnu Katsir, Al-Qurtubi, Rahmatullah Kairanawi, dan ahli kontemporari Dr Munqidh Saqqar, Abu Islam (with his own TV Channel in Egypt), Kais Al-Kalby, Jamal Al-Badawi, Abu IslamKais Al Kalby , Jamal al-Badawi.  (turut mengakui pandangan ini secara personaliti di dalam rancangannya di sebuah stesen TV Mesir), termasuk Beberapa penceramah Muslim yang terkenal, seperti David Benjamin Keldani, menyatakan bahawa kata Paraclete berasal dari Greek yang berbunyi 'Periklutos', yang bererti terkenal, termasyhur, patut dipuji. Perkataan itu apabila ditransliterasi ke dalam bahasa Arab, ia bermaksud sebagai Ahmad (sekaligus ia merujuk kepada nama dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasulullah dan Nabiullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGIKUT TOK AYAH